20080824

preppies article award 2001

kelmarin aku belek majalah preppies aku kat dalam bilik, tengah syok-syok baca sambil gelak sorang-sorang,tiba-tiba aku ternampak satu artikel yang pernah menang preppies article award. artikel ini taklah hebat sangat tapi tah camne boleh menang. artikel tu tajuk die catatan seorang adik. sebab aku dah tak tahu nak buat apa sekarang so aku letak la artikel ni bagi korang baca. baca slow slow la ye.

Catatan Seorang Adik

4 Disember 1995

Abang menerima surat ke SBP. Abang mendapat 4A dalam peperiksaan UPSR baru-baru ini. Ayah membawa abang ke Bandar untuk membeli keperluan persekolahan. Abang mendapat kasut baru, baju baru dan seluar baru. Abang mendapat tawaran ke Kolej Melayu Kuala Kangsar. Abang sungguh gembira.

5 Julai 1996

Abang mula menunjukkan kecemerlangan akademik. 7A1B dalam peperiksaan pertengahan tahun memadai sebagai bukti kegigihan abang. Abang pada tahun ini mewakili sekolah dalam permainan ragbi. Ayah dan ibu amat bangga akan abang. Ayah membelikan Nike Air Max untuk abang.

17 Oktober 1997

Abang menduduki peperiksaan akhir tahun tingkatan dua. Peperiksaan ini menentukan tempat abang untuk berentap ketika peperiksaan PMR tahun hadapan kelak. Ibu dan Ayah begitu mengharapkan abang.

3 November 1998

PMR telah bermula. Kedudukan abang di 3 Cemerlang memungkinkan kecemerlangannya. Abang memerah keringat berhempas pulas hingga berjaya. Abang tidak boleh gagal. Abang adalah tunjang dalam keluarga.

30 Disember 1998

Ayah menempah 7 tiket ke Paris. Ayah mengabulkan janjinya pada abang. Abang mendapat 8A dalam PMR

4 Februari 1999

Abang kini di kelas 4 Sains 1. Abang mendapat kelas tersebut kerana boleh dikatakan beliau ialah seorang yang pandai dalam batch 9600

5 Julai 1999

Abang mula menunjukkan perubahan sikap. Abang memakai gelang. Kadang-kala rantai. Sesekali badan abang lebam-lebam akibat pergaduhan. Pernah suatu hari aku terjumpa sekotak Marlboro di dalam poket seluar abang.

6 Ogos 1999

Suatu pagi, posmen datang menghulurkan sepucuk surat kepada ayah. Ayah membukanya :

Dukacita dimaklumkan bahawa anak Tuan/Puan, Arif Bin Sulaiman telah melakukan kes salah laku seperti berikut :-
  1. Memukul pelajar
  2. Merokok di kawasan sekolah
  3. Tidak mematuhi peraturan berpakaian
  4. Berbohong
Sehubungan dengan itu, anak Tuan/Puan akan digantung persekolahan selama dua minggu. Tuan diminta hadir ke sekolah....

Linangan air mata ayah membuatku merasakan sesuatu yang tidak baik akan berlaku.

8 Ogos 1999

Ayah memarahi abang. Abang memekakkan telinga sahaja. Dia tidak mengendahkan kata-kata ayah. Namun aku mengenali abangku. Papp... satu tamparan hinggap di pipi abangku.

19 September 1999

Abang berazam untuk cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun yang bakal menjelang. Abang akan membuktikan kepada ibu dan ayah yang dia telah berubah.

1 Januari 2000

7A1, 3A2 dalam peperiksaan akhir tahun baru-baru ini mengekalkan abang di 5 Sains 1. Abang bertekad untuk terus berjaya.

12 Disember 2000

SPM bermula. Berkat doa ibu, guru-guru dan diriku sendiri, abang menjawab soalan SPM dengan tenang. Aku juga baru mendapat keputusan UPSR ku. Aku berjaya mendapat 5A. Sesuatu yang mendebarkan disebalik itu. Adakah aku akan diterima ke SBP seperti abang?

12 Mac 2001

Keputusan SPM telah dikeluarkan. Abang berjalan-jalan di Kolej Melayu Kuala Kangsar dengan hati yang berdebar-debar. Setelah melihat keputusannya, abang terkejut kerana dia mendapat 10A1. Wartawan dari TV3 datang untuk menemuramah abang kerana dia ialah salah seorang pelajar yang telah mengharumkan nama Kolej Melayu. Abang menceritakan segala-galanya dari mula Form 1 hingga Form 5. Dalam perjalanan pulang terfikir di dalam hati bahawa dia akan kembali untuk mengesahkan sijilnya dan meminta maaf daripada semua guru sebelum melangkah ke universiti. Tiba- tiba sebuah treller datang dengan laju lalu melanggar abang......

13 Mac 2001

Abang kembali ke rahmatullah pada hari itu juga, Kini aku sedang menatapi surat tawaran ke Kolej Melayu Kuala Kangsar. Patutkah aku pergi ke sana?

13 critics:

Iskandar said...

fucka..ni ade kat prep mag ni.
haha

Amirul Hafidz said...

Kau yg tulis artikel ni kan Kimal?

Izham Ismail said...

hats off. seriously.

ikmal afif said...

cite tu hanya cite rekaan sahaja..tak de kaitan ngan hidup dan mati..haha

Anonymous said...

patut2

Amirul Hafidz said...

Haha aku baru ingat aku dulu amongst Preppies Mag punya editors. Tapi aku tak ingat apa contribution aku haha.

Ezlan mohsen said...

serious hebat.

telegramsesat said...

gerek seyh

telegramsesat said...

2 kali aku bce..mmg padu.

ikmal afif said...

thanx majin n am..jap2 sape telegram sesat?

Amirul Hafidz said...

Ijal kan? Aku rasa la.

ikmal afif said...

ehe...aku pon rase cam ijal

Anonymous said...

haha..ijal ke..